“Dalam ramai-ramai aktor di Malaysia, saya paling meminati pada Aaron Aziz. Saya mengaku jatuh cinta pada lakonannya, dia pelakon aksi yang hebat. Saya melihat lakonan Aaron di YouTube, ternyata dia merupakan seorang hero Malaysia yang hebat! Lengkap dengan pakejnya. Aktor lain dari Malaysia juga saya kenal, tapi tidak tahu nama mereka.”
Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron, Diyana Halik pasti cemburu apabila mengetahui tentang berita mengejutkan ini.
“Oh..Aaron itu sudah beristeri ya? Aduh…sayang sekali! Jangan salah tafsir ya…saya meminati Aaron kerana berpendapat dia seorang aktor yang hebat.”
Tambah Luna lagi, dia ada mendapat tawaran untuk berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika dia digandingkan bersama dengan Aaron Aziz.
“Kalau digandingkan dengan Aaron Aziz, itu sudah tentu satu penghormatan yang amat besar bagi saya.”
0 Response to "Luna Maya akui cintakan Aaron Aziz"
Catat Ulasan