Perangai Sharifah Sakinah memang gila-gila - Anzalna


Perangai Sharifah Sakinah memang gila-gila - Susulan kontroversi yang melanda pelakon sedang meningkat naik, Sharifah Sakinah baru-baru ini kerana rakaman videonya yang berbaur lucah, rakan beliau, Anzalna cuba untuk mempertahankan dirinya melalui kenyataan di media semalam. Menurut Anzalna, perangai Sharifah Sakinah sememangnya gila-gila dan nakal. Situasi sebenar yang berlaku seperti dalam rakaman video itu sebenarnya hanya diketahui oleh rakan-rakan artis.
“Ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek. Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami semua memang berperangai giler-giler. Asal ada saja perkara yang kelakar sewaktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu jer sebab kepala masing-masing giler-giler. Kami hanya berseronok. 
Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan, Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu.


0 Response to "Perangai Sharifah Sakinah memang gila-gila - Anzalna"

Catat Ulasan