Menurut Tiz, beliau tidak mahu bersifat hipokrit terhadap dirinya dan juga para peminat kerana menyedari jika menafikan dakwaan itu ianya akan mendatangkan kesan lain pula. Oleh itu, pelakon jelita ini menasihatkan para peminat agar tidak terikut-ikut dengan sikapnya yang suka bersosial.
“Saya bukan idola tetapi hanya seorang pelakon yang mahu juga merasai kehidupan sebenar seperti insan-insan lain yang keluar berhibur bersama kekasih dan kawan-kawan,” katanya.
Tambahnya, Tiz mengharapkan para peminat tidak terus melabelkan dirinya sebagai insan yang jahat dan liar hanya kerana melihat gambar-gambar sosialnya kerana itu tidak adil bagi diri Tiz.
“Gambar tersebut hanya menunjukan 10 peratus kehidupan saya dan saya percaya peminat pada masa kini lebih terbuka. Mereka juga diharapkan bijak membuat penilaian terhadap saya,” tambah Tiz.
0 Response to "Tiz Zaqyah akui sering ke kelab malam bersama kekasih"
Catat Ulasan