Shah Iskandar dan Nad Zainal kini hangat bercinta?


Shah Iskandar dan Nad Zainal kini hangat bercinta - Selepas digosipkan bercinta dengan pelakon comel Nad Zainal, Shah Iskandar telah menafikan sekeras-keranya gosip liar yang mula tersebar di laman maya. Menurut pelakon Nora Elena ini, beliau memang mengenali teman lelaki Nad Zainal.

"Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja. Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya kepada mStar.


Shah turut berkata, dia berharap khabar angin yang tidak benar itu tidak diperbesar-besarkan kerana takut akan merosakkan hubungan cinta antara Nad Zainal dan kekasihnya.

"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya lagi.


Menurut Shah lagi, dia mula mengenali Nad Zainal ketika bekerjasama dalam sebuah drama bersiri Seindah Sabar yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

"Saya dan Nad bergandingan dalam drama bersiri itu dan saya anggap dia seorang pelakon yang berbakat besar. Dia ada asas dan belajar dalam bidang ini di Aswara dan berlakon dengan dia memang tiada masalah," Ujarnya.


0 Response to "Shah Iskandar dan Nad Zainal kini hangat bercinta?"

Catat Ulasan