Shah Jaszle putus tunang dengan Redzwani Puteri, serang Farah di bank


Shah Jaszle putus tunang dengan Redzwani Puteri - Susulan penjelasan terperinci wanita dikenali Farah yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle empat minggu lepas menerusi Harian Metro semalam, tunangnya Redzwani Puteri dikhabarkan telah memutuskan pertunangan mereka dengan serta-merta.

Berita mengejut ini telah dikongsikan sendiri oleh laman blog katakcomel. Admin pun sangat terkejut kerana sampai begitu teruk sekali rentetan konflik yang berlaku antara Shah Jaszle dan Redzwani Puteri.

Lebih menarik, selepas mengetahui keputusan tunangnya untuk putus, Shah Jaszle menjadi bengang sehingga datang dan mengamuk di sebuah bank di Bangsar untuk mencari Farah yang menjadi punca segala-galanya. Beliau dikatakan sangat sakit hati dan marah kepada wanita berkenaan.

Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Shah Jaszle di bank, pihak pengurusan perbankan terus mengarahkan Farah meletak jawatan dalam tempoh 24 jam. Persoalannya, kenapa wanita itu pula dipersalahkan sehingga diarah meletakkan jawatan serta-merta? Bukankah ianya kesilapan Shah sendiri kerana kegagalan beliau mengawal nafsu lelakinya?


0 Response to "Shah Jaszle putus tunang dengan Redzwani Puteri, serang Farah di bank"

Catat Ulasan