"Putus cinta tidak jejaskan hubungan baik saya dengan Sofia, malah kami sering keluar bersama. Malah saya juga baik dengan keluarga mereka, mungkin antara saya dan Adney memang sudah tiada jodoh," katanya kepada mStar.
Ditanya berkenaan kerjaya beliau, Siti Saleha mengakui sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Tujuh arahan Raja Mukhriz. Saleha yang memegang watak seorang lesbian bernama Tina akan mula menjalani penggambaran filem berkenaan di Cameron Highlands, Pahang.
"Watak ini agak mencabar dan pertama kali saya bawa, ketika sesi pembacaan skrip saya dapat rasakan ia sesuatu yang menarik dan akan beri pengalaman pada saya. Saya nak keluar dari watak-watak perempuan yang biasa, lemah-lembut dan penuh dengan cinta. Namun saya harap ia tidak menjadi isu pula kerana ia hanya sekadar lakonan semata-mata," kata Saleha lagi.

0 Response to "Siti Saleha akui ingin berubah jadi lesbian"
Catat Ulasan