Pengakuan Nabil Ahmad ditipu kontraktor melayu - Pernah menjuarai program Raja Lawak pada 2008, Nabil Ahmad mengakui berasa lebih selesa menjalani kehidupan bersama anak dan isteri selepas tawaran berlakon semakin berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, dia kini dapat menikmati kehidupannya dengan damai dan mempunyai banyak masa terluang untuk bersama keluarga, dipetik dari mStar.
"Saya akui sekarang sudah tidak sepopular dahulu tetapi hidup saya lebih baik dan mempunyai masa untuk isteri, anak dan keluarga saya. Biarpun tawaran yang datang tidak sehebat ketika popular dahulu tapi saya bersyukur rezeki masih tidak putus."
Dalam pada itu, apabila ditanya tentang pengalamannya ketika berada di kemuncak kerjaya pada tahun 2009, Nabil mengakui pernah beberapa kali ditipu oleh pelbagai pihak.
"Susah kalau popular sangat, ramai yang cuba ambil kesempatan dan sentiasa fikir kita banyak duit. Saya pernah ditipu ketika ingin ubahsuai rumah ibu di kampung, kontraktor Melayu meletakkan harga yang tidak masuk akal walaupun dia kata peminat saya."
0 Response to "Saya pernah ditipu kontraktor melayu - Nabil Ahmad"
Catat Ulasan