Susulan itu, ramai blogger hebat seperti rotikaya, beautifulnara dan lain-lain tidak terlepas peluang untuk berkongsi berita gembira itu kepada pembaca dan peminat mereka menerusi laman sosial. Selain tulisan artikel, gambar sebenar isteri Bront Palarae yang tidak dipastikan kesahihannya juga turut sama dikongsikan.
Terkejut dengan penyebaran gosip liar itu semalam, empunya badan yang kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaru berjudul Psiko Pencuri Hati tampil menafikan sudah berkahwin pada Sabtu lalu dan mendakwa dirinya berada di konti radio pada hari berkenaan.
"Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu ‘Psiko Pencuri Hati’. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini. Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut."
Jadi, antara Utusan Malaysia dan Bront Palarae siapa yang bercakap benar sekarang? Takkan pula kedua-duanya menipu? Admin pening sendiri dibuatnya.
saper pelik, dia baca metro
BalasPadam