Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41)

Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41) - Pasti ramai antara graduan lepasan siswazah pendidikan yang masih belum mengetahui gaji permulaan bagi Guru baru yang memegang pangkat DG41, bukan?

Berdasarkan perkongsian daripada rakan blogger cikguayu, beliau memberitahu bahawa gaji pokoknya ialah RM2,222.94 tidak termasuk elaun-elaun yang ditentukan mengikut tempat yang ditugaskan serta opsyen mata pelajaran yang diajar.

Harus diingat, kadar potongan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak 11% daripada jumlah pendapatan dan bukannya 8%. Jumlah potongan berkenaan mestilah dibundarkan menjadi angka bulat dalam Ringgit penuh kerana sebarang nilai sen tidak dibenarkan.

Contohnya 11% daripada jumlah pendapatan iaitu RM3,022.94 (gaji pokok + elaun), ialah RM332.52. Jadi, kadar potongan KWSP akan dibuat atas jumlah RM 333.



8 Responses to "Gaji permulaan Guru baru Lepasan Siswazah Pendidikan (DG41)"

  1. Assalamualaikum.. saya ingin tanya kalau gaji guru MRSM yang ajar Biologi di Sabah or Sarawak sama ke yang macam puan post ni? atau lebih ?


    terimakasih

    BalasPadam
  2. Jadi Cikgu memang memerlukan ketabahan yang tinggi. Tapi, apabila ada masyarakat tetap terutamanya orang Sarawak sendiri ingin memohon menjadi Cikgu payah pula. Kenapa dan mengapa terjadi sebegitu? Cakap kekurangan Cikgu terutama di bahagian pendalaman. Tapi nak apply susah pula..

    BalasPadam
  3. saya yang berasal dari sabah, 7 tahun graduate tak dpt kerja lg...even me and my friend masih bergaji rm700-800...nak kata keputusan teruk..ramai yg dpt kerja kerajaan keputusan lagi teruk...ntahlah..rezeki..even cikgu2 sekolah pun takdelah bagus sangat result tapi gaji sangat tinggi...jadi, kepada guru-guru tu tak payahlah merungut dengan kerja anda, cuti banyak, kerja bukan sampai malam pun,, kalau kerja luar , blh claim tuntutan perjalanan lagi..ramai lagi nak jadi guru tapi tak berpeluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara pemikiran pon dah boleh tahu kenapa masih tersekat di pekerjaan RM700-800. Tak baik busuk hati n buruk sangka pada rezeki orang lain, nanti rezeki sendiri tersekat.

      Padam
    2. OWNED!!! hahaha terbaik jawapan tuan.

      Padam
  4. orang yg xbekerja sebagai guru xkan tahu mcm mana pekerjaan guru tu. yg diorg tahu kerja guru datang sekolah hanya mengajar. kerja guru xsemudah mcm zaman dulu. rujukla kpd kawan2 yg bergelar guru n tanya dia apa kerja guru di sekolah. chill.

    BalasPadam