Agenda panas Johan As’ari dan Aishah Ilyas dalam filem Paku


Agenda panas Johan As’ari dan Aishah Ilyas dalam filem Paku - Babak agenda panas yang dilakukan Johan As’ari dan Aishah Ilyas dalam filem Paku sedikit sebanyak mencalar reputasi baiknya sebelum ini. 

Jarang dikaitkan dengan kontroversi murahan sejak terlibat dalam dunia hiburan namun kini Johan terpaksa berdepan kritikan peminat yang nyata kurang senang dengan agenda itu.

Bercakap kepada mStar semalam, pelakon drama bersiri Karlos itu merayu agar isu berkenaan tidak diperbesar-besarkan. Ketika babak itu dilakonkan dia turut meminta agar beberapa krew sahaja dibenarkan berada di set tersebut.

"Saya pertama kali bawa watak yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakonkan kerana saya belum berkahwin, begitu juga Aishah, jadi kami minta agar krew yang tidak terlibat keluar daripada set tersebut."

"Saya tidak mahu perkara ini akan menimbulkan fitnah dan mengelakkan gambar yang tidak sepatutnya diambil dan tersebar."


Johan turut menambah, walaupun tiada sebarang aksi yang bersentuhan di antara mereka dan hanya menggunakan teknik kamera namun dia mahu lebih berhati-hati dengan perkara berkaitan sensitiviti masyarakat.


0 Response to "Agenda panas Johan As’ari dan Aishah Ilyas dalam filem Paku"

Catat Ulasan