Buktikan saya bedah hidung dan payudara - Tasha Shilla


Tasha Shilla perjelas kontroversi bedah hidung dan payudara - Kontroversi Tasha Shilla melakukan pembedahan di bahagian hidung dan payudara di Bali, Indonesia sudah kedengeran sejak beberapa hari lepas lagi.

Bagaimanapun, pelakon jelita itu menafikan dakwaan yang tersebar melalui akhbar mStar online semalam. Nampaknya, penafian yang dibuat Tasha Shilla kurang menyakinkan orang ramai sehingga akhar Kosmo pula menghubunginya bagi mendapat penjelasan lebih lanjut.

Menurut kekasih kepada Mahali Jasuli itu, dia pelik bagaimana isu berkenaan timbul sedangkan mereka sekeluarga hanya akan ke Bali pada 27 Oktober ini. Tasha kemudian meminta individu yang menyebarkan cerita itu tampil dengan bukti dirinya telah melakukan pembedahan.

"Buktikan kepada saya (nada tegas)! Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini." 

"Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan."

Tasha turut ditanya pendapatnya tentang kelebihan melakukan pembedahan muka dan payudara dari segi peningkatan populariti sebagai artis seperti selebriti luar negara. Aktress itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan.

"Saya rasa tidak kerana ia bergantung kepada rezeki yang telah Tuhan takdirkan kepada kita. Jika kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerja itu pasti kita akan berjaya dalam kehidupan."


0 Response to "Buktikan saya bedah hidung dan payudara - Tasha Shilla"

Catat Ulasan