David Teo tidak dendam Wawa Zainal - Nampaknya, tindakan Wawa Zainal, 22, menuduh Metrowealth International Group (MIG) sebagai punca utama status perkahwinannya dirahsiakan, tidak langsung membuat Ketua Pegawai Eksekutif, David Teo, membencinya.
Malah, menerusi kenyataan ringkas kepada mStar semalam, David Teo memberitahu bahawa beliau tidak langsung menyimpan dendam terhadap pelakon wanita cantik itu dan mengalu-alukannya kembali ke pangkuan syarikat produksi MIG. Bagi penerbit terkenal itu, Wawa masih kurang matang dalam isu-isu pengurusan kerjaya lakonanya.
"Saya alu-alukan kedatangan Wawa apabila dia sudah bersedia untuk kembali aktif di bidang lakonan. Ini kerana kami masih sayangkan dia sebagai anak didik, seperti artis-artis naungan lain."
"Dalam perkara sebegini, saya dalam MIG sering menjadi bapa kepada artis-artis saya dan biasalah kalau ada 'anak' yang memberontak. Pihak MIG langsung tidak berdendam dengannya, malah mahu menaikkan namanya semula selepas kontroversi yang pernah berlaku."
Dalam pada itu, David sempat memberitahu bahawa Wawa telah menghubunginya pada pagi Jumaat lalu dan meminta maaf atas kesilapan yang dilakukannya.
"Wawa telah menghubungi saya dan sebagai seorang 'ayah' saya sudah memaafkan dia. Cuma sekarang ini pihak MIG menantikan kehadirannya ke pejabat."
"Sebelum ini 'kehilangan' Wawa selama hampir setahun telah banyak meninggalkan kesan terhadap kerjayanya apabila banyak tawaran lakonan termasuklah projek sebagai duta beberapa produk terpaksa ditolak begitu sahaja."
"Tidak kisahlah imej macam mana sekalipun dia bakal tampilkan (bertudung atau tidak), pihak MIG akan kembali menaikkan namanya semula. Kerana saya percaya Wawa boleh berjaya pada masa depan nanti."

0 Response to "David Teo tidak dendam Wawa Zainal, bantu naikkan namanya kembali"
Catat Ulasan