Gambar sekitar banjir lumpur terburuk di Cameron Highlands (19 Photo)


Gambar sekitar banjir lumpur terburuk di Cameron Highlands - Kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands mengalami kerosakan teruk selepas dilanda banjir lumpur pada pukul 1.00 pagi tadi.

Difahamkan, dua pekebun warga asing maut manakala seorang lagi hilang akibat dihanyutkan banjir lumpur. Kedua-dua mangsa warga asing itu yang dikenali sebagai Jahangir, 30 dan wanita warga Indonesia, Kesmat, 46 ditemui tertimbus dalam lumpur berhampiran rumah masing-masing pada pukul 8 pagi dan 8.15 pagi.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Ppolis Daerah Cameron Highlands, kejadian itu berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kejadian banjir lumpur awal pagi tadi. Jika dilihat secara mata kasar, jumlah kerosakan harta benda mungkin mencecah jutaan ringgit. Cukup sedih dan menyayat hati admin.




















0 Response to "Gambar sekitar banjir lumpur terburuk di Cameron Highlands (19 Photo)"

Catat Ulasan