Beberapa minggu lepas, Nora Danish terpalit dalam satu kontroversi murahan apabila dia didakwa menerima hadiah istimewa dari Nadeem Nazri berupa sebuah banglo bernilai RM7.2 juta dan kereta Ferrari. Bagaimanapun, pelakon itu menafikan kesahihan dakwaan berkenaan.
Semalam, mStar berpeluang untuk menemubual Nora Danish berhubung perancangan mereka untuk berkahwin dalam masa terdekat. Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, dia masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik.
"Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik."
Dalam pada itu, pelakon teater Bahayanya Wanita itu turut diminta mengulas tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada Nadeem Nazri selepas banyak gambar sosialnya tersebar di laman maya. Bagi Nora, Nadeem sebenarnya mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu.
"Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna. Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu."
0 Response to "Isu perkahwinan Nora Danish dan Nadeem Nazri"
Catat Ulasan