Terbaru, Johan As’ari memberitahu merancang untuk bertunang dengan gadis pilihannya hujung tahun ini. Namun identiti dan gambar kekasih yang bakal menjadi tunangannya terus dirahsiakan. Ekoran itu, orang ramai beranggapan gadis bertuah itu sebenarnya ialah Shila Amzah sendiri.
Menerusi portal Gua hari ini, Johan As’ari yang ditemui di majlis tayangan media filem Balada Pencinta di Cathay Cineplex, Cineleisure Damansara, kembali menafikan dakwaan itu dan sekali lagi menegaskan bahawa dia dan Shila Amzah hanya sekadar kawan rapat.
“Hubungan kami hanya sekadar teman rapat sahaja. Walaupun terdapat gambar-gambar kami berdua di laman Instagram dan orang anggap kami bercinta, tapi sebenarnya kami rapat sebagai kawan. Saya bersyukur dapat mengenali Shila kerana dia adalah seorang gadis yang baik dan cantik.”
Dalam perkembangan sama, Johan turut mengulas perihal pertunangannya yang digembar-gemburkan sebelum ini. Menurut aktor berusia 26 tahun itu, dia tidak pernah berjanji kepada sesiapa mengenai hal pertunangan cuma apa yang dikatakannya beberapa minggu lalu sekadar sasaran sahaja.
“Mengenai tunang, saya tak pernah janji dengan sesiapa pun. Saya hanya meletakkan sasaran untuk bertunang pada hujung tahun ini, bukannya berjanji. Saya juga berkawan dengan ramai wanita, tapi saya bukannya kaki perempuan kerana saya belum pernah melafazkan cinta kepada mana-mana wanita."
"Saya hanya mampu merencanakan sesuatu perkara itu. Saya sudah mencuba untuk meletakkan sasaran untuk bertunang pada penghujung tahun ini, tapi jika belum waktunya, saya terima dengan terbuka.”
0 Response to "Johan As’ari dan Shila Amzah bakal bertunang hujung tahun ini"
Catat Ulasan