Respon Fauzi Nawawi kontroversi curangi Lisdawati


Respon Fauzi Nawawi kontroversi curangi Lisdawati - Semalam, Fauzi Nawawi didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan anak didiknya, Noni AF5 sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat.

Bagaimanapun, pelakon dan pengarah itu menafikan gosip liar berkenaan menerusi mStar online dan menyuarakan rasa kesalnya kerana sering dikaitkan bercinta dengan artis-artis wanita muda.

"Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal."

"Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya danKiambang sahaja dengannya."

"Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd."


Terdahulu, isteri Fauzi, Lisdawati yang kini sudah berubah ke arah bertudung memberitahu tidak terganggu dengan kontroversi terbabit dan mendakwa sudah lali dengan gosip-gosip liar seperti itu.


Dalam pada itu, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.

"Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti."

"Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk."

"Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan."


0 Response to "Respon Fauzi Nawawi kontroversi curangi Lisdawati"

Catat Ulasan