Shila Amzah nafi pernah dipukul Sharnaaz Ahmad


Shila Amzah nafi pernah dipukul Sharnaaz Ahmad - Ekoran mengemaskini status Twitter semalam dengan kenyataan yang penuh teka-teki, Shila Amzah kini berdepan beberapa spekulasi yang mendakwa dirinya pernah dipukul kekasih lama iaitu Sharnaaz Ahmad sebelum putus hubungan tidak lama dulu.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Shila melahiran perasaan kecewanya kerana status Twitter semalam telah disalahtafsir dan diputarbelitkan. Malah, dia menganggap pemilik blog tersebut menulis cerita sesuka hati dan tidak menjaga sensitiviti orang lain.

"Saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun. Jadi tolong takyah kaitkan la.. Siapa yang tulis itu memang tak bertanggungjawab la."

"Tolong lah blog yang tak bertanggungjawab ini. Maaf cakap tapi kalian tak jaga langsung sensitivity orang lain. Tulis ikut sedap sahaja."

Terdahulu menerusi akaun Twitter, penyanyi lagu Patah Seribu itu mengakui tidak mahu menonton filem Bercinta kerana pernah mengalami situasi tersebut sehingga dirinya kini masih trauma.


0 Response to "Shila Amzah nafi pernah dipukul Sharnaaz Ahmad"

Catat Ulasan