Farah Nurizzati dakwa simpan cincin dan pakaian milik Shahz Jaszle
Farah Nurizzati dakwa simpan cincin dan pakaian Shahz - Umum mengetahui, pelakon Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah pada 12 November lalu atas pertuduhan berkhalwat dengan Farah Nurizzati Salleh, 21, di sebuah unit kediaman di Taman Sri Subang.
Susulan itu, Farah Nurizzati tampil memberitahu mempunyai bukti yang kukuh untuk menyabitkan Shahz Jaszle sebagai bersalah kerana dia masih menyimpan barangan peribadi milik aktor tersebut seperti cincin dan pakaiannya.
"Farah dah mengaku bersalah. Semua fakta dah dibaca. Barang-barang Shahz seperti cincin, baju yang ada pada Farah, Farah nak buang saja.”
Bagaimanapun, hasrat Farah untuk membuang semua barangan Shahz Jaszle yang ada padanya tidak kesampaian selepas ada pihak mahu menggunakan barang-barang tersebut sebagai bahan bukti untuk kes itu.
Pelik juga sebenarnya, macam barangan seperti cincin dan pakaian ada pada wanita tersebut sedangkan Shahz Jaszle sudah menafikan dirinya adalah kekasih kepada Farah. Apapun, kita tunggu sahaja keputusan perbicaraan mereka selanjutnya pada 21 Januari 2014.
0 Response to "Farah Nurizzati dakwa simpan cincin dan pakaian milik Shahz Jaszle"
Catat Ulasan