Filem Laga ajar suami isteri teknik baru agenda panas


Filem Laga ajar suami isteri teknik baru agenda panas - Kontroversi babak lucah yang dilakonkan oleh Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob kembali menjadi sebutan media hari ini.

Menurut Ismail, babak panas itu perlu dikekalkan kerana mampu menyokong jalan cerita filem berkenaan meskipun jika perlu disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita."

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula."


Selain itu,  babak terbabit juga secara tidak langsung dapat mengajar pasangan yang sudah berkahwin tentang teknik-teknik seks yang belum diketahui mereka untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri."


0 Response to "Filem Laga ajar suami isteri teknik baru agenda panas"

Catat Ulasan