Pastinya, ramai jejaka di luar sana samada berstatus bujang atau duda terpikat dengan kecantikan Raja Ema. Penulis sendiri memang tertarik namun, tahukah anda salah seorang anak pelakon itu sedang menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Memang sukar untuk dipercayai jika dilihat pada wajah Raja Ema yang segar, tegang dan putih melepak macam masih anak dara.
Apapun, baru-baru ini pelakon itu terpalit dalam kontroversi murahan selepas dikritik teruk peminat ekoran pemakaiannya yang ketat dan menampakkan garis tali bra yang dipakainya ketika menghadiri majlis perasmian butik Didie Alias.
Lebih menarik, ada antara peminat mendakwa Raja Ema cuba bersaing dengan penampilan Lana Nordin yang sememangnya seksi dan terkenal dengan gelarannya sebagai Pamela Anderson Malaysia.
Tidak senang dengan kritikan melampau para peminat, Raja Ema tampil menjelaskan bahawa baju yang dipakainya tidak seketat mana dan nampak biasa sahaja.
"Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun."
"Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol."
"Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu."
Bagi penulis, terpulanglah kepada pandangan individu itu sendiri untuk membuat penilaian tentang cara pemakaian yang ditonjolkan Raja Ema di majlis perasmian butik Didie Alias.
0 Response to "Penjelasan Raja Ema isu pakaian terlalu ketat dan menjolok mata"
Catat Ulasan