Gambar dan biodata Siti Aishah yang dikurung di London


Gambar dan biodata Siti Aishah yang dikurung di London - Berita kehilangan salah seorang rakyat Malaysia 30 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas salah seorang dari dua rakannya menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober 2013 untuk mendapatkan bantuan.

Menurut adik kepada Siti Aishah iaitu Kamar Mautum Abdul Wahab, seorang guru pencen, mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Berikut ialah sedikit biodata wanita Malaysia yang diperhamba di London oleh pemimpin pergerakan komunis era 1970-an selepas berhijrah ke Britain bersama tunangnya untuk mencapai cita-cita.

Nama : Siti Aishah

Umur : 69 Tahun

Asal : Jelebu, Negeri Sembilan

Pengajian : Kolej Tunku Kurshiah, Seremban & lanjut pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa Colombo Plan.

Punca hilang : Selepas menyertai kumpulan Maoist di London 30 tahun lalu

Tarikh dibebaskan : 25 Oktober 2013

Adik : Kamar Mautum Abdul Wahab





2 Responses to "Gambar dan biodata Siti Aishah yang dikurung di London"