Kawasan itu kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dilanda Taufan Haiyan, ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dan telah membunuh lebih 10,000 penduduk Filipina.
Jumlah kematian tersebut diumumkan ketika pasukan penyelamat terus bertungkus-lumus untuk mengeluarkan mayat mangsa Taufan Haiyan yang berselerakkan.
Menurut sumber, Taufan Haiyan bertiup pada kelajuan 315 kilometer sejam (km/j) dan seterusnya mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar Taufan Haiyan membadai Pulau Leyte, Filipina. Selain kematian yang mencatat puluhan ribu, 1.4 juta penduduk pula kini terjejas teruk.
0 Response to "Gambar Taufan Haiyan bunuh 10,000 penduduk Filipina, 1.4 juta terjejas"
Catat Ulasan