Lebih menarik, pengakuan tersebut bukan sahaja mengejutkan orang ramai dan peminat malah dunia hiburan tempatan sendiri. Sesiapa pun tidak menyangka kekasih Johan As’ari yang sebenar ialah Lana Nordin. Jauh di sudut hati admin ingin sangat melihat Johan As’ari dan Shila Amzah disatukan namun itulah jodoh.
Menurut Lana Nordin, dia dapat menerima Johan As’ari sebagai kekasihnya yang sah selepas melihat ketulusan dan kesungguhan hati aktor itu untuk menjadikan dirinya sebagai calon isteri.
"Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan."
"Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin."
Di sebalik kisah cinta dua selebriti ini, Johan As’ari memberitahu Lana Nordin akan mengubah cara pemakaian dan belajar untuk tidak lagi berpakaian seksi seperti memakai skirt pendek dan baju ketat.
"Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik."
"Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja."
0 Response to "Johan As’ari lamar Lana Nordin, ketepi Shila Amzah"
Catat Ulasan