Senarai penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013


Senarai penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 - Jika semalam berlangsungnya Anugerah Skrin 2013 yang mengiktraf pencapaian drama dan filem tempatan, hari ini pula giliran Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 berlangsung untuk memberi penghormatan kepada pemain, jurulatih, pasukan, pegawai dan kelab penyokong terbaik sepanjang musim perlawanan.

Majlis penganugerahan itu diadakan di Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam. Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013. Nampaknya, pemain-pemain pasukan Kelantan terus mendominasi senarai pemenang anugerah sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pemain Paling Bernilai MVP : Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan)

Penyerang Terbaik : Norfarhan Mohd (Kelantan)

Pemain Tengah Terbaik : Mohd Badhri Radzi (Kelantan)

Pemain Pertahanan Terbaik : Baihakki Khaizan

Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Harapan Terbaik : Junior Eldstal

Jurulatih terbaik : Dollah Salleh

Pemain Import Terbaik : Marlon Alex James

Persatuan Bolasepak Negeri Terbaik : Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT)

Kelab Bolasepak Terbaik : Sime Darby

Pengadil Terbaik : Nagor Amir Nor Mohamad

Penolong Pengadil Terbaik : Mohd Sabri Mat Daud

Anugerah Fairplay : Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Anugerah Khas : Datuk Seri Paul Mony, Datuk Dell Akhbar Khan, Datuk Azzudin Ahmad & Datuk Seri Ibrahim Saad

Kelab Penyokong Terbaik : Kelantan


0 Response to "Senarai penuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013"

Catat Ulasan