Kini, rahsia perkahwinan Jalani Sidek dan Datin Seri Zaleha Mohd Khalid pula telah dibongkar menerusi majalah Bipop semalam. Menurut fakta yang dikongsikan, pasangan ini sebenarnya sudah berkahwin dua tahun lalu namun tidak diumumkan di media massa atas permintaan mereka berdua.
Jadi, majlis persandingan yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton dua minggu lalu hanyalah satu majlis rasmi untuk mengumumkan berita perkahwinan Jalani dan Zaleha. Menurut Datin Zaleha, tindakan merahsiakan perkahwinan itu adalah kerana banyak hati yang perlu dijaga.
"Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak hati yang perlu dijaga terutama anak-anak dan keluarga. Disebabkan itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan perkahwinan selama ini."
"Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami. Bukan kami mahu berselindung, tapi apabila sudah bersedia, barulah kami mengambil langkah untuk mengumumkannya."
Dalam pada itu, Zaleha mengakui terkejut dengan kontroversi yang tiba-tiba melanda dirinya meskipun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri yang sah.
"Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku, saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan."
"Kami sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun lalu, malah sudah 2 kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti."
"Kami sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun lalu, malah sudah 2 kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti."
0 Response to "Rupanya Jalani Sidek dan Datin Zaleha sudah kahwin 2 tahun lalu"
Catat Ulasan