Gambar body Faralyana Idris semakin cantik dan langsing


Gambar body Faralyana Idris semakin cantik dan langsing - Penampilan pelakon Faralyana Idris dilihat semakin cantik dan menawan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. 

Bentuk badannya pula lebih kurus dan langsing sehingga timbul dakwaan yang beliau mengambil ubat terlarang untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna. 

Faralyana Idris yang ditemui media baru-baru ini memberitahu bahawa badannya memang begitu dan dia sendiri pernah cuba untuk naikkan berat badan dengan mengambil jumlah kuantiti makanan yang lebih banyak dari biasa. 

“Saya tidak nafikan badan saya memang kurus dan ada antara rakan lain yang menegur berat badan saya sehinggakan ada satu ketika saya mengambil protein untuk menambah berat badan.” 

Terdapat pula dakwaan yang mengatakan pelakon drama bersiri Dan Calonnya Adalah itu sedang menghidap penyakit penyakit anorexia namun Faralyana menafikannya.









1 Response to "Gambar body Faralyana Idris semakin cantik dan langsing"