Jawapan Ketua Kampung Tanjung Labian isu ikan laut serang Pantai Lahad Datu


Jawapan Ketua Kampung Tanjung Labian - Selepas satu Malaysia kecoh dengan fenomena pelik ikan tamban mendarat di Pantai Tembisan, Lahad Datu, kira-kira jam 8.10 pagi kelmarin, pelbagai spekulasi mula ditimbulkan orang ramai.

Ada yang mendakwa kejadian tersebut sebagai petanda akan berlakunya serangan Tsunami seperti di Aceh pada 26 Disember 2004, tidak kurang juga yang mendakwa serangan Ribut Tropika Greg yang pernah berlaku di Keningau, Sabah pada 26 Disember 1996 akan kembali berulang.

Susulan itu, Ketua Kampung Tanjung Labian segera tampil membuka mulut berhubung isu tersebut agar orang ramai tidak terus membuat apa-apa spekulasi yang menakutkan penduduk kawasan berkenaan. Berikut adalah jawapan Ketua Kampung Tanjung Labian.

“Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini.”


0 Response to "Jawapan Ketua Kampung Tanjung Labian isu ikan laut serang Pantai Lahad Datu"

Catat Ulasan