Punca sebenar perpisahan Johan As'ari & Lana Nordin


Punca sebenar perpisahan Johan As'ari & Lana Nordin - Nampaknya hubungan cinta dua selebriti terkenal, Johan As'ari dan Lana Nordin yang baru berusia lima minggu sudah berakhir semalam.

Punca perpisahan mereka itu ada kaitan dengan tentangan keluarga yang dikatakan tidak merestui hubungan cinta mereka sejak sebulan lalu.

Menurut Johan, dia terpaksa memilih keluarga berbanding Lana Nordin kerana tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka oleh ibunya seperti pelakon Afiq Muiz.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana.”

“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana.”

Dalam pada itu, Lana yang dihubungi media semalam mengesahkan berita perpisahan mereka itu. Katanya, dia sudah menjangkakan perkara ini selepas Johan As’ari seringkali berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.

“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.”


0 Response to "Punca sebenar perpisahan Johan As'ari & Lana Nordin"

Catat Ulasan