Respon Nooraida Abdul Mutalib isu diceraikan talak satu suami


Respon Nooraida Abdul Mutalib isu diceraikan talak satu - Semalam kita telah mendengar kenyataan lafaz cerai talak satu dari Haji Amiruddin Othman terhadap isterinya, Nooraida Abdul Mutalib.

Lewat malam tadi pula wanita skandal Adi Putra itu telah memuatnaik status di Twitter bagi menjawab tomahan masyarakat yang terus-menerus menyalahkan dirinya sebagai punca penceraian mereka.

Menurut Nooraida, perpisahan dengan suami adalah atas persetujuan bersama dan beliau meminta agar orang ramai tidak menyalahkan sesiapa termasuk Adi Putra.

Katanya lagi, meskipun sudah bergelar janda selepas 10 tahun berkahwin dengan Amiruddin Othman tetapi mereka tetap berkawan baik.



0 Response to "Respon Nooraida Abdul Mutalib isu diceraikan talak satu suami"

Catat Ulasan