"Saya akui sayangkan Shila. Saya sayangkan dia" - Johan As'ari


Luahan perasaan sayang Johan As'ari kepada Shila Amzah - Kemelut perselisihan faham antara Johan As'ari dan Shila Amzah mencapai kemuncaknya apabila penyanyi itu tidak lagi dapat dihubungi kerana telah menukar nombor telefon.

Meskipun begitu, Johan memberitahu dia tiada sebab untuk membenci Shila kerana keluarga mereka sememangnya saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

“Saya akui sayangkan Shila. Saya sayangkan dia sebagai seorang sahabat. Apabila saya hubungi dia untuk tanya khabar, rupa-rupanya dia sudah tukar nombor telefon. Saya tahu dia mungkin terguris hati dengan apa yang telah berlaku.”

Sementara itu, Johan mengakui masih menyayangi Shila sehingga kini dan berharap dapat berkawan semula dengan wanita itu di kemudian hari.

"Saya masih menyayanginya sebagai seorang sahabat walaupun dia tidak lagi menganggap saya sebagai kawan seperti sebelum ini. Saya harap semua salah faham yang berlaku tidak berpanjangan."


0 Response to ""Saya akui sayangkan Shila. Saya sayangkan dia" - Johan As'ari"

Catat Ulasan