Pelakon Liza Abdullah saman suami dan fail penceraian


Pelakon Liza Abdullah saman suami dan fail penceraian
 - Selepas 26 tahun mengharungi suka duka perkahwinan dengan suami, Zolkifli, pelakon tersohor, Liza Abdullah, akhirnya menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.

Norliza atau nama sebenarnya Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya di kaunter mahkamah pada Rabu lalu. Selain menfailkan penceraian, pelakon itu turut mengemukakan saman terhadap Zolkifli bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.

Sebelum ini desas-desus pergolakan rumahtangga Liza Abdullah mula kedengaran pada tahun 2012 namun pelakon era 80-an itu menafikan bermasalah dengan suami. Beliau turut enggan mahu berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Untuk pengetahuan, Liza pernah popular menerusi drama bersiri Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu. Hasil perkongsian dengan Zolkifli,mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

0 Response to "Pelakon Liza Abdullah saman suami dan fail penceraian"

Catat Ulasan