Punca kematian Wan Hariff Rafany, ADO Kuala Terengganu


Punca kematian Wan Hariff Rafany, ADO Kuala Terengganu - Misteri kehilangan Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda pada Sabtu lalu akhirnya terjawab juga.

Mayatnya berjaya ditemui terapung di Sungai Kampung Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira 10.30 pagi kelmarin oleh tiga remaja.

Mangsa yang dilaporkan hilang sejak oleh ahli keluarga ditemui masih lengkap berpakaian kemeja T berwarna oren serta berseluar trek di mana pihak polis turut menemui kunci kereta di dalam poket seluar mangsa.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan, tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa selepas selesai dibedah siasat pada pukul 6 petang kelmarin. Jadi, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung punca sebenar kematian mangsa.

Dalam pada itu, Manoharan mengandaikan kematian mangsa disebabkan lemas di sungai, seterusnya mengklasifikasi kes tersebut sebagai kematian mengejut.

"Siasatan menyeluruh dari semua aspek sedang giat dijalankan dan sebaik siasatan selesai, kita akan merujuk kes ini kepada timbalan pendakwa raya."

Bagaimanapun, punca kematian sebenar mangsa hanya akan didedahkan selepas mendapat laporan penuh toksikologi.

0 Response to "Punca kematian Wan Hariff Rafany, ADO Kuala Terengganu"

Catat Ulasan