Qi Razali bagi respon isu Nelydia padam gambarnya - Sepanjang hari ini, kisah cinta Qi Razali dan Nelydia Senrose sedikit hangat diperkatakan selepas sebahagian peminat Nelydia di Instagram mempersoalkan mengapa gambar Qi dipadam.
Qi Razali yang diminta mengulas mengenai kontroversi itu menunjukkan reaksi tenang dan tidak cepat melatah. Katanya, Nelydia mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa memadam kesemua gambarnya di Instagram.
"Saya tak tahu kenapa gambar-gambar saya dipadamkan daripada akaun Instagram dia. Saya rasa pastinya ada sebab-sebab yang tersendiri. Mungkin dia mahu menjaga perasaan saya."
"Saya tak kisah mengenai gambar tersebut. Bagi saya, padamkan gambar tak mengapa, asalkan jangan padam saya dari hatinya."
Tambah Qi, hubungan cintanya dengan Nelydia masih berjalan seperti biasa dan tiada masalah. Jadi, kontroversi Nelydia memadam gambar-gambarnya di Instagram tidak perlu diperbesarkan lagi.
"Status saya dengan dia masih macam biasa, tiada apa yang berubah. Kalau jodoh kami panjang, perkahwinan adalah destinasi seterusnya buat kami."
"Saya faham, Nelydia ada komitmen dia sendiri. Jadi perancangan untuk berkahwin itu mungkin dalam masa setahun lagi. Namun begitu, saya tidak pernah mahu kongkong kerjaya Nelydia."
"Saya juga kena fikir, sama ada nak melebihkan perasaan saya sendiri ataupun impian dia yang masih panjang. Takkan sebab sikap cemburu saya, boleh menghalang impian dan bakat Nelydia?"
"Saya juga kena fikir, sama ada nak melebihkan perasaan saya sendiri ataupun impian dia yang masih panjang. Takkan sebab sikap cemburu saya, boleh menghalang impian dan bakat Nelydia?"
"Saya mahu dia pergi sejauh mungkin kerana bakatnya memang dalam bidang lakonan. Bakatnya besar, jadi saya tidak akan menghalang perjalanan kariernya."
0 Response to "Qi Razali : Padam gambar boleh, asalkan jangan padam saya dari hati Nelydia"
Catat Ulasan