Respon Sharnaaz isu serang Lisdawati, ugut Fauzi Nawawi


Respon Sharnaaz isu serang Lisdawati, ugut Fauzi Nawawi - Serentak dengan kontroversi yang kini sedang melanda Hanez Suraya, Sharnaaz Ahmad pula dikaitkan dengan pasangan suami isteri Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Aktor kacak itu didakwa cuba menyerang Lisdawati dan menghantar SMS berbaur ugutan kepada Fauzi Nawawi di dua lokasi berasingan iaitu di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Punca Sharnaaz bertindak sedemikian tidak diketahui sesiapa termasuk Lisdawati. Laporan polis telah dibuat dan kita tunggu sahaja sebarang maklumat hasil siasatan pihak polis.

Sharnaaz Ahmad yang dihubungi Harian Metro pula bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut tentang kejadian itu dan mendakwa punca salah faham itu hanya kecil tetapi diperbesarkan oleh pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.”

“Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf.”


0 Response to "Respon Sharnaaz isu serang Lisdawati, ugut Fauzi Nawawi"

Catat Ulasan