Gambar Aliff Razali, kekasih sebenar Nas Adila


Gambar Aliff Razali, kekasih sebenar Nas Adila - Sebelum ini, ramai menyangka Nas Adila dan Datuk Jamal Abdillah adalah pasangan kekasih selepas mereka sering bekerjasama ketika mengadakan konsert nyanyian.

Meskipun kedua belah pihak sudah menafikan kesahihan gosip yang tersebar dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa namun dakwaan mereka bercinta masih terus kedengaran di laman-laman sosial.

Susulan itu, penyanyi Aliff Razali tampil dengan kenyataan memeranjatkan apabila beliau mengaku adalah kekasih sebenar Nas Adila dan bukannya Jamal Abdillah seperti yang disangka peminat sejak tahun lalu.

Kata Aliff, perkenalan enam tahun lalu membantu mereka untuk lebih memahami kehendak pasangan sekaligus melancarkan hubungan sediaada.

"Saya tidak menyangka jodoh kami kuat. Masa awal-awal bercinta dulu saya sendiri tak pasti yang Nas adalah belahan jiwa yang dicari selama ini. Tapi apabila masing-masing sudah tak ada kekasih, tak salah kalau kami bercinta semula."

Ditanya tentang pendorong utama yang menyebabkan Aliff berani tampil untuk membuat pengakuan hubungan istimewanya dengan Nas, anak kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu sudah tidak tahan lagi untuk mendengar gosip cinta antara Nas dan Raja Pop yang sebenarnya tidak betul.

Justeru kata Aliff, dia perlu segera melakukan sesuatu agar maruah kekasihnya itu tidak dipermainkan lagi. Niat utamanya ialah dia mahu menghentikan gosip liar berkenaan dan mengubah persepsi masyarakat.

"Siapa yang boleh tahan apabila orang luar bercerita yang bukan-bukan tentang teman wanita kita? Semakin saya senyapkan, semakin hebat pula orang mengata."

Pada admin, pengakuan Aliff memang dapat menghentikan gosip yang tersebar dan bekas peserta Akademi Fantasia Ketujuh itu melakukan tindakan yang baik. Mari layan dua keping gambar Aliff Razali yang kacak dan tampan.



0 Response to "Gambar Aliff Razali, kekasih sebenar Nas Adila"

Catat Ulasan