Gambar mayat 2 remaja perempuan ditemui di dasar sungai, Kuala Krai


Gambar mayat 2 remaja perempuan ditemui di dasar sungai - Misteri kehilangan dua orang perempuan sekitar jam 6 petang semalam akhirnya terjawab selepas anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu berjaya menemui mayat mereka di dalam Sungai Lebir di Kampung Manek Urai, Kuala Krai.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Azman Abu Hassan, mayat Nurul Akmal Roshid, 16, ditemui pada 8.28 pagi iaitu kira-kira 20 meter dari tempat kejadian manakala mayat Nursyafiqah Syaura Mohd Tusof, 13, ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian pada 8.40 pagi.

Kini, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk dikebumikan. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada mereka tergelincir ke dalam sungai itu sebelum dihanyutkan arus deras.


0 Response to "Gambar mayat 2 remaja perempuan ditemui di dasar sungai, Kuala Krai"

Catat Ulasan