Apa motif Ahli Parlimen BN letak foto mayat Karpal Singh di facebook?

Apa motif Ahli Parlimen BN hina mayat Karpal Singh di facebook - Sejak awal pagi tadi, kita dikejutkan dengan pemergian bekas pengerusi DAP, Karpal Singh selepas ahli parlimen itu maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung.

Berikutan itu, laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan serta blog-blog dipenuhi dengan gambar dan cerita tentang kematian Karpal Singh. Ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuk juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan yang kini sedang dialami keluarga mangsa, lain pula status yang cuba disampaikan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di laman faebook miliknya sebentar tadi.

Beliau telah memuatnaik satu keratan berita yang tertera gambar Karpal Singh dalam keadaan menyayat hati dan disertakan pula dengan kenyataan ringkas berbunyi : "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama hehe."


Selain itu, Datuk Nawawi juga turut memuatnaik sekeping lagi foto Karpal Singh yang tidak begitu jelas kelihatan dan diikuti pula dengan kenyataan lain yang berbunyi : "Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada."


Sebenarnya, penulis sedikit tertanya-tanya apa motif sebenar Ahli Parlimen Langkawi itu memuatnaik dua keping foto keratan akhbar di facebook sedangkan keluarga mangsa sedang bersedih ketika ini? Mungkin sekadar bergurau kot tetapi macam tidak kena pada tempatnya pula.

Sumber : Idaman

3 Responses to "Apa motif Ahli Parlimen BN letak foto mayat Karpal Singh di facebook?"

  1. x kn tahu motif nye... nk tany ye... sape yg paling kuat membangkang when hukum hudud ingin dilaksanakan kt malaysia... sape lagi... however... takziah kepada karpal singh dan sekeluarga... i know ... karpal singh jugak salah satu ahli pembangkang yg mempertahankn hak rakyat... ( sometime ) but not hukum hudud.

    BalasPadam
  2. Apa nak buat... dia sndri kluarkan statement mcm tu... x payah la kita sbg umat Islam nak mempertahankan org yg memperlekehkan hukum hudud dan mempertikaikan kenyataan org yg sebangsa dan seagama. Sesapa yg bertindak melampau sehingga mencabar hukum Allah pasti akan dpt bahagian masing2.. Pdhal hukum hudud hya utk org Islam saja, Karpal Singh x perlu keluarkan kenyataan macam tu pun sbb tiada kaitan dgn dia.. Wallahualam

    BalasPadam
  3. Hamba x kecewa sgt kenyataan Mendiang Karpal Sign tersebut "Over My Dead Body If They Want To Implement HUDUD Law In Malaysia".. Lagi pun secara terang terangan dia bukannya Seorang Muslim jadi sejarah dn fenomena sprt ini telah pun tercatit sejak zaman Rasulullah SAW lagi... tp yg amat mengejutkan lagi mngecewakan adalah kalangan mereka yg "Muslim" menentang perlaksanaan HUKUM HUDUD tersebut.. So kalian buatlah penilaian sendiri..mana lebih dasyat Bangsatnya antara Non-Muslim & Muslim bila menentang HUKUM HUDUD tersebut....

    BalasPadam