"Jangan paksa hati dan perasaan saya" - Erra Fazira

Erra Fazira rayu jangan paksa hati dan perasaannya - Tindakan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, mahu merujuk semula selepas hampir sebulan bercerai mendapat respon positif dari ramai peminat di laman sosial.

Sehingga semalam, kenyataan yang dimuatnaik Emran di laman Instagram miliknya menerima lebih 6000 likes sebagai tanda sokongan mereka agar dua insan ini disatukan semula demi anak tunggal mereka, Aleesya.

Bagaimanapun, Erra yang dihubungi Harian Metro menolak untuk memberikan sebarang ulasan kerana bimbang akan menyentuh hati banyak pihak. Katanya, hasrat bekas suaminya mahu kembali rujuk bukan perkara kecil tetapi turut membabitkan soal hati dan perasaan.

“Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa."

"Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.”


Tambah pelakon Teater Suara Kita itu, apabila perkara ditimbulkan Emran itu mendapat maklum balas daripada umum, ia menyebabkan secara tidak langsung meletakkan dirinya dalam situasi tertekan kerana semua pihak cuba mengadilinya.

2 Responses to ""Jangan paksa hati dan perasaan saya" - Erra Fazira"

  1. saya doakan yg terbaik utk erra

    BalasPadam
  2. Kadang kala di usia begini, hati dan perasaan sendiri sudah jadi perkara kedua... Hati dan perasaan anak menjadi keutamaan... Saya sendiri melaluinya... Terpaksa berkorban perasaan demi melihat anak-anak gembira bersama ibu dan ayah... Hanya Allah yang maha mengetahui.

    BalasPadam