Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.
Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.
"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."
Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).
"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."
Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.
Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.
"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.
"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
Al-Fatihah
BalasPadamAl fatihah... Sayunya hati
BalasPadamTabahlah hati dgn ujian Allah...kita yg diuji Allah antara yg bertuah merasai ujian hebat ini....
BalasPadamAl fatihah buat keluarga mangsa..Allah SWT lebih menyayangi mereka.
BalasPadamAlfatihah,,,, semoga diterima disisiNya
BalasPadamal-fatihah
BalasPadamTinggi betul imaginasi ko yer
BalasPadamxtercapai akal.
BalasPadamfooohh... amat hebat imaginasi ko tp x leh pakai
BalasPadamImajinasi ni mmg tinggi..tapi ada sikit fakta yg agak buleh dibawak ke Mahakamah yaitu..
BalasPadam1- kondisi jenazah2 yg agak mereput..sedangkan jenazah2 dijumpai tak sampai 3 hari selepas insiden.
2-kondisi paspot yg agak baru n rapi..ini agak menimbolkan kemushkilan..
Yupp... 2 fakta yg bole dipertikai...
PadamAduhaii..tuhan jlah tau ap jd di dunia ni.moga kta yg msh ad dlindungi.
BalasPadamMoga ALLAH memberi petunjuk apa yg sebenarnya berlaku...lemahnya kita...
BalasPadamtggi sgt imgnasi diaa ne . kwn sy betugas d Amsterdam lah utk mh17 .. Cukup sekadar kt ckp " Al-fatihah " . Tak paya lahh mau panjg lebar .
BalasPadamBiarlah apa yg berlaku...allah maha pencipta maha adil naha mendengar...setiap perbuatan pasti ada pembalasannya.....setiap yg bernyawa pastikan merasai mati.....al-fatihah.
BalasPadamassalamualaikum..sy mohamed affendi khairuddin suami kpada arwah matura mustafa..mngucapkn jutaan terima kasih ats doa saudara2 smua..hanya Allah yg maha mngetahui..sbagai manusia jgnlah kt melebihi ketentuan Allah..pd pihak yg tidak tahu ape yg berlaku tlg jgn memutarbelitkn keadaan..apepun sy mngucapkn terimaksih skali lg pd smua..assalamualaikum
BalasPadamSaudara mohamed affendi, takziah dari saya dan isteri. Hanya Allah yang tahu apa perasaan saudara. Semoga Allah beri kekuatan pada saudara dan juga ditempatkan roh mastura dikalangan yang Allah sayang.
BalasPadamKuatkn smgt Ya...
BalasPadam