Foto baju Mawar, isteri Fizo Omar di Langkawi dikecam lagi

Kami tumpang gembira apabila melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Fizo Omar dan isterinya, Mawar. Meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata, mereka sememangnya amat menyayangi antara satu sama lain.

Tapi, kami pun pelik bila ada sesetengah pihak seringkali mencari kesalahan pasangan ini. Antara yang selalu dipertikaikan adalah cara pemakaian baju Mawar.

Tak salah kami dah berkali-kali netizen mengkritik baju Mawar yang didakwa terlalu ketat sehinga menampakkan susuk badannya.

Kali ini, video percutian mereka di Langkawi pula menjadi mangsa apabila baju berwarna putih yang dipakai oleh Mawar dikatakan agak sendat.

Bagi kami, tidak salah rasanya nak memberi nasihat, tetapi biarlah secara personal kerana perkara ini jika ditegur secara terbuka dikhuatiri bakal menjatuhkan aib orang pula kan?

Sumber asal : Portal Ohbulan




2 Responses to "Foto baju Mawar, isteri Fizo Omar di Langkawi dikecam lagi"

  1. sebagai pengeluar tudung no 1 di Malaysia...rasanya lebih baik Puan Mawar ni berubah memakai tudung ikut syariat (labuh tutup dada) dan berpakaian lebih longgar supaya menjadi IKON CONTOH pada wanita2 muda diluar sana...kesian la kat suami tu kena tanggung dosa bila isteri yg cantik ini menjadi tatapan mata2 nakal bila memakai tudung tapi nampak aset mahal dan bila berpakaian menampakkan bentuk badan dari dada ke hujung kaki....sekadar pandangan....:)

    BalasPadam
  2. jadi takde alasan lagi orang di Malaysia ni mengata anda Puan...malah akan lebih memuji2...

    BalasPadam