Nora Danish nafi putus cinta dengan Nedim Razak

Duta baru produk Safi Rania Gold, Nora Danish menjelaskan yang hubungannya bersama Nedim Nazri masih seperti sedia kala dan menafikan apa yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai gambar di laman sosial Instagramnya yang berkapsyen The End yang bermaksud dia telah putus hubungan bersama kekasihnya itu.

Tetapi apa yang menghairankan di sini, dia tidak mengetahui langsung akan perkara tersebut dan apabila diajukan soalan ini dia hanya mampu tergelak sambil tersenyum sahaja.

“Saya tak perasan patutlah komen- komen kat Instagram tanya betul ke saya dah break. ‘The End’ itu bermaksud ‘The End of That Night’, mungkin orang salah faham. Apa yang penting di sini saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial sekiranya ‘break’ atau bergaduh.”

“Cuma saya guna kapsyen di media sosial untuk luahkan rasa rindu terhadap Rayqal bila kadang kadang dia tinggal di rumah lain,”
jelasnya sambil ketawa.

Nora turut memberitahu bahawa Rayqal kini sudah masuk ke darjah satu di sekolah antarabangsa. Dia sebagai seorang ibu agak berdebar kerana melihatkan anaknya yang sudah membesar. Baru-baru ini apa yang mencuit hati Nora apabila putera sulungnya itu meluahkan hasrat mahukan adik.

“Rayqal masuk sekolah antarabangsa darjah 1. Mula-mula itu saya agak cuak kerana terlalu awal walaupun usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi tidak menjadi masalah untuk saya kerana apa yang diberikan oleh sekolah tersebut satu diari untuk ibubapa memantau prestasi anak-anak setiap hari”

“Jadi saya boleh tahu apa kerja sekolah dia hari ini dan begitu juga dengan pelajaran mana yang dia mahir dan sebaliknya. Dia juga ada suruh saya melahirkan seorang bayi. Katanya dia mahu adik dan suruh saya gemuk dan tak perlu diet,”
katanya sambil tersenyum.

Selepas pulang dari penggambaran video klip bersama Nomad di Bali, kini dia dilantik pula menjadi duta kepada produk kecantikan ternama Malaysia Safi Rania Gold. Sebelum ini selebriti terkenal yang pernah menjadi duta ialah Rozita Che Wan.






0 Response to "Nora Danish nafi putus cinta dengan Nedim Razak"

Catat Ulasan