Respon Eina Azman isu parking kereta di Stesen Petronas

Kecoh di laman-laman sosial apabila pelakon cantik, Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden didakwa tidak bertanggungjawab meletakkan kereta Chevrolet Camaronya di tempat orang awam mengisi minyak.

Malah, penyebar foto tersebut turut mendakwa bahawa pasangan itu sempat menjamu selera di restoran Subway di stesen minyak tersebut sekaligus melabelkan mereka berperangai seperti ‘tipikal bangsawan ekspress’.

Bagaimananapun, Eina menafikan tuduhan tersebut dengan memuat naik beberapa screenshot penjelasan beberapa orang saksi di tempat kejadian.

Malah, Eina juga ada memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu ini menerusi temubual bersama akhbar Kosmo!. Menurutnya, dia dan suami hanya singgah sebentar di stesen minyak tersebut semasa dalam perjalanan menuju ke Seremban bagi menghadiri mesyuarat. Tak sampai 10 minit pun katanya.

“Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

"Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melenting kalau ada pihak cakap saya buat hal.

“Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.”

Sumber asal : Portal Ohbulan



0 Response to "Respon Eina Azman isu parking kereta di Stesen Petronas"

Catat Ulasan