Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian

Jika sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda.

Mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini.

"Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu.

"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya OK," tambah Ieda lagi.

Menurut laporan Berita Harian pula, suami Ieda kononnya mempunyai orang ketiga hingga mereka tidak lagi tinggal sebumbung, selain artis itu mendakwa suaminya dikatakan berubah perangai.

Malah Ieda sendiri pernah mengakui bahawa lima tahun kebelakangan ini, rumah tangga mereka kian hambar selain berdepan dengan masalah komunikasi.


Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Mohd Naquib sejak lapan tahun lalu dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania, yang kini berusia enam tahun.

Sumber : Blog Myartis


0 Response to "Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian"

Catat Ulasan