6 Foto terkini Zamani Slam selepas dibebaskan sangat mengejutkan

Bercakap kepada media buat pertama kalinya selepas penahanan beliau Rabu lalu, Zamani Slam mengakui yang tidak wujud unsur paksaan ketika anggota polis merakamkan beliau menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang ketika masih dalam tahanan.

Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata beliau menyanyi dengan kerelaan hati selepas anggota polis terbabit memberitahu mereka adalah peminat Slam.

“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,” ujarnya seperti dilaporkan mStar Online.

Zamani juga mengakui silap tidak periksa semula video yang dirakamkan dan berasa malu selepas mengetahui keadaan beliau dalam video ditonton oleh semua masyarakat.

“Perkara itu sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” jelasnya apabila ditanya tentang tindakan undang undang.

Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas berkuatkuasa serta merta.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit tapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Rotikaya.







0 Response to "6 Foto terkini Zamani Slam selepas dibebaskan sangat mengejutkan"

Catat Ulasan