Namun persandingan itu diadakan sempena Malaysia International Wedding Festival (MINWEF) selepas mereka dipilih sebagai duta festival perkahwinan tersebut.
"Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.
"Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.
"Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang -orang yang tidak kami kenali," katanya ketika sidang media mengumumkan mereka sebagai duta MINWEF.
Festival tersebut akan bermula pada 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK.
Antara 5 hari yang terbesar dan seumpamanya di peringkat wilayah Utara anjuran Big Pictures Event Sdn Bhd ini disertai lebih 80 pemamer dengan 103 ruang pameran.
Mengulas mengenai perasaan mereka yang pertama kali bersanding di atas pelamin, masing-masing akui malu dan gementar.
"Saya lebih rasa malu dan gementar kerana yelah kami bukanlah pengantin baru malah dah anak seorang pun.
"Sebelum ni pun kami memang merancang untuk bersanding tetapi rasanya sudah tak perlu kerana ramai sudah pun mengetahui mengenai perkahwinan kami.
"Tapi bila tiba-tiba dapat tawaran ni tu yang rasa gementar kerana bila berlakon lain dan nak bersanding lain," katanya.
MINWEF adalah festival perkahwinan berkonsepkan 'One-Stpp Wedding Centre' yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan berkaitan termasuk perkhidmatan fotografi, katering dan kelengkapan perkahwinan.
0 Response to "7 Foto pra-persandingan Aeril Zafrel & Wawa Zainal"
Catat Ulasan