Masih lagi dicedok dari Instagram Miss Kepoh. Maaf lah yer, TT memang tak sempat cari bahan gosip sendiri. Okay, berbalik kepada gosip yang dicedok ini. Uqasha Sendatrose telah dispeku mengambil dadah setelah tersebarnya screen shot perbualan Uqasha dan rakannya.
Beberapa kata kunci atau kod merujuk kepada dadah terdapat dalam perbualan tersebut. Antaranya adalah nombor 5 dan fai yang merujuk kepada eramin 5 (sejenis dadah). Entahlah, TT memang tiada pengalaman atau pengetahuan sangat berkaitan kata kunci bab dadah ni, bab dadah apatah lagi, tengok dalam tv sahaja. Mungkin ada forumer yang pakar dalam hal ini bolehlah kongsikan ya?
Selain itu, informer Miss Kepoh juga memaklumkan bahawa Uqasha terlibat dalam aktiviti call girl atau escort girl. Sejauh mana keterlibatan Uqasha dalam aktiviti tersebut masih kabur dan tidak pasti.
Jika gosip ini sampai ke pengetahuan reputz di luar sana, diharap tanyakan kepastian gosip ini kepada Uqasha. Sejak akhir-akhir ini banyak pula gosip yang melibatkan mek kelate ini. Sekiranya perkara ini tidak benar, cepat-cepatlah Uqasha membuat penjelasan dan bersihkan nama beliau.
P.S Tak tahu nak P.S apa.
Sumber asal: mforum cari
0 Response to "AKHIRNYA Uqasha Senrose buka mulut isu kontroversi didakwa ambil dadah dan terlibat escort girl?"
Catat Ulasan