Namun bukan kisah lama yang kami ingin ketengahkan tetapi baru-baru ini timbul cerita bahawa Hanez dan Romie tidak membenarkan Liyana (bekas isteri) berjumpa anak-anaknya dan atas alasan apa, tidak dapat dipastikan.
Semuanya terbongkar apabila Liyana telah memuat naik status bahawa beliau sangat gembira apabila terserempak dengan anak-anaknya di pusat beli belah baru-baru ini. Liyana mengakui teramat rindukan anak-anaknya setelah berbulan-bulan tidak berjumpa.
Ketika terserempak, anak-anaknya pada ketika itu seperti tidak 'excited' sebagai mana Liyana, mungkin juga kerana tidak berjumpa berbulan-bulan lamanya.
Anak kedua Liyana pula dikhabarkan seakan-akan tidak mengenali Liyana sebagai ibu kandungnya dan bersembunyi di belakang Romie. Hanez Suraya pula dikatakan seperti tersenyum sinis, tak tahulah kebenarannya.
Jika perkara tersebut benar, kami berharap Liyana tabah menghadapi dugaan ini.
Sumber: Myartis
Jika perkara tersebut benar, kami berharap Liyana tabah menghadapi dugaan ini.
Sumber: Myartis
0 Response to "Luahan satu Liyana Manan bekas isteri Romie setelah terserempak anak-anaknya di The Curve"
Catat Ulasan