Wan atau nama sebenarnya Wan Khatijah Wan Othman, 39, berkata, sepanjang aktif sebagai artis dia puas menerokai bidang tersebut namun mengakui rindu untuk kembali beraksi dihadapan kamera.
"Tiada apa yang ingin saya kesalkan kerana banyak perkara yang sudah saya lakukan sepanjang aktif sebagai artis, bak kata pepatah Inggeris 'be there done that'.
"Saya gembira dengan pilihan untuk memberikan tumpuan kepada keluarga kerana sudah menjadi rezeki saya dikurniakan sebuah keluarga yang besar," katanya kepada mStar Online.
Bekas pemenang Dewi Remaja 1995/1996 ini berkahwin dengan Azlisham Ibrahim yang merupakan bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Malaysia.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Adam Muqrish, 15, Adam Harris, 12, Adam Iskandar, 11 dan Sarah Aisha, 8 tahun.
Tambah Wan, kali terakhir dia muncul dalam drama pada tahun 2008 selain bertindak sebagai hos program Si Manja Ku Sayang terbitan RTM.
Dalam pada itu, Wan berkata, dia masih menerima tawaran lakonan walaupun sudah tidak aktif namun terpaksa bersikap selektif kerana imejnya kini sudah bertudung.
"Saya sekarang lebih berminat untuk mengacara kerana lakonan tidak berapa sesuai memandangkan saya kini sudah bertudung.
"Bagaimanapun saya terbuka dengan tawaran lakonan sekiranya ia sesuai dengan imej saya kini," ujarnya yang sebelum ini pernah mengacarakan program Beat TV.
Sementara itu, Wan berkata, dia kini bergelar sebagai 'personal shopper' kepada pelanggan yang ingin mendapatkab khidmatnya membeli baranga berjenama di Eropah.
Jelas Wan yang juga kacukan Melayu-Perancis berkata, dia tidak berasa terbeban dengan kerjaya baharunya itu memandangkan dia gemar melancong ke luar negara bersama keluarganya.
"Saya mula melakukan kerja sebagai 'personal shopper' sejak tiga tahun lalu memandangkan saya sering ke luar negara terutamanya Paris.
"Sambil membeli barangan berjenama yang dipesan pelanggan dapat juga saya melancong dan melawat keluarga di Perancis," ujarnya.

Sumber: mStar
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
0 Response to "Masih ingat Wan Khatijah yang tiba-tiba meninggalkan dunia hiburan Malaysia pada tahun 2008, inilah 2 foto terbarunya setelah muncul kembali"
Catat Ulasan