Remaja Muslim saman sebanyalk AS$15 juta daripada sekolahnya dan bandar Irving, Texas

Remaja Muslim yang ditahan selepas seorang guru menyangka jam buatan sendiri sebagai bom, menuntut ganti rugi sebanyak AS$15 juta daripada sekolahnya dan bandar Irving, Texas, menurut peguamnya. 

Ahmed Mohamed, 14, menjadi terkenal pada September selepas kakaknya memuat naik gambar beliau berdiri dengan tangan bergari dan memakai kemeja T dengan logo NASA. 

Presiden Barack Obama menyertai orang ramai menyatakan sokongan kepada remaja berbakat itu dan menjemput Ahmed untuk membawa jam itu ke Rumah Putih sebagai sindiran kepada sekolah dan pegawai polis terbabit. 

Banyak jemputan diterima menerusi from Facebook, Google, PBB dan Ahmed kemudian memuat naik gambar lawatannya ke Makkah, New York, Sudan dan Qatar di Twitter. 

Namun, peguam beliau, dalam surat tuntutan kepada sekolah dan bandar itu, menegaskan biarpun Ahmed kini terkenal tetapi insiden itu menyebabkan "trauma psikologi teruk". 


Anak imigran Sudan yang tinggal di pinggir Dallas itu amat meminati bidang robotik dan membawa jam yang dibuatnya untuk menunjukkan kebolehannya kepada seorang guru baharu. 

Sebaliknya, Ahmed dituduh cuba menakutkan orang dengan bom palsu dan diiring keluar dari sekolah dengan tangan bergari. 

Peguamnya menegaskan pihak sekolah, polis dan pegawai bandar itu melanggar hak Ahmed dengan mendakwa dan menahannya secara salah dan cuba "memburuk-burukkan" beliau apabila media mendapat tahu kejadian itu. 

"Ahmed jelas diperlakukan sedemikian kerana bangsa, asal usul dan agamanya," kata peguam, Kelly Hollingsworth. 

Peguamnya menuntut ganti rugi AS$5 juta dari sekolah berkenaan dan AS$10 juta dari bandar Irving dan menegaskan mereka akan mengemukkan saman jika tidak menerima jawapan dalam tempoh 60 hari.

Sumber: Berita Harian

0 Response to "Remaja Muslim saman sebanyalk AS$15 juta daripada sekolahnya dan bandar Irving, Texas"

Catat Ulasan