Sempena kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim dalam menjuarai Piala AFC 2015 pada bulan Oktober lalu menundukkan FC Istiklol, sebuah Rolls Royce edisi terhad telah dibina bagi mengabadikan kenangan indah tersebut. Rolls Royce milik DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor itu diberi nama Rolls Royce Edisi Terhad 'Southern Tigers'. Kemasan dalaman dan luaran yang banyak menampilkan logo bercorak harimau tersebut cukup menandakan tanda sokongan DYMM Tuanku Sultan terhadap pasukan Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber: JOHOR Southern Tigers
0 Response to "7 Foto Rolls Royce Edisi Terhad 'Southern Tigers' yang dibina bagi mengabadikan kenangan menjuarai Piala AFC 2015"
Catat Ulasan